Kejohanan Dunia BWF
Kejohanan Dunia BWF

Kejohanan Dunia BWF

Kejohanan Dunia BWF (pernah dikenali sebagai Kejohanan Dunia IBF, juga dikenali sebagai Kejohanan Badminton Dunia Bahasa Inggeris: BWF World Championships) merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengurniakan takhta pemain badminton terbaik di dunia. Kejohanan bermula pada 1977 dan diadakan setiap tiga tahun sejak 1983. Walau bagaimanapun, IBF menghadapi kesukaran untuk menganjurkan disebabkan dua acara pertama yang mana Persekutuan Badminton Dunia (yang mana kemudian digabungkan dengan IBF untuk membentuk satu persekutuan badminton) menganjurkan kejohanan sama pada satu-satu tahun selepas Kejohanan Dunia IBF yang mana kedua-duanya memiliki matlamat yang sama. Bermula 1985, kejohanan ini diadakan secara dwi-tahunan dan beraksi setiap dua tahun sehingga 2005. Bermula 2006, kejohanan ini diubah kepada acara tahunan dalam kalendar BWF yang mana matlamatnya mahu memberikan peluang kepada ramai pemain untuk dikurniakan gelaran "Juara Dunia".Walaupun demikian, kejohanan ini tidak akan diadakan setiap empat tahun bagi memberi laluan kepada penganjuran temasya Sukan Olimpik.